Muda Hanya Sekali..dan sekejap..Tua tu agak lama..

Shalom,

Pe kabar, nak cerita sikit la pasal kehidupan kita sebagai manusia ni. Aku kadang-kadang pun kurang mengerti, actually, selalu tak mengerti kenapa ada org buat benda yang dorg buat. Hmm..aku tak tahu samada benda ni sensitif ke tidak, tapi terpulang la kepada setiap individu untuk menilai..sebenarnya benda yang aku nak cakap ni berkaitan dgn politik sikit, especially penglibatan org muda dlm dunia politik. macam yang kita sedia maklum sekarang politik situation kat Malaysia ni lebih dasyat dari mana-mana negara luar. sampai kita tak tau mana satu yang betul mana satu yang tak. Sebab tu la kalau korang cek fesbuk kawan-kwan korang. korang akan tengok ramai yang letak “political view” tu macam macam..ada yang letak parti politik cap ayam..parti politik cap apatahkebende..dan tak kurang jugak yang letak “atas pagar”. pernah tak korang terfikir kenapa benda tu jadi macam tu..satu teori aku ialah org muda dlm malaysia ni da jelak dgn berita politik yang terpampang setiap hari dgn berita parti ini menyalahkan parti itu, dan parti itu menyalahkan parti ini. for me, aku lebih suka tgk politik Amerika Syarikat, call me traitor, sukati korang la..at least kat sana tu ko takkan tengok apa yang berlaku kat malaysia ni..pengaruh perkauman teramat sangat tahap mahadewa kamehameha dia punya perkauman..ok, leave that aside. skg aku nak cerita sikit…pasal kehidupan kita org muda.

aku consider umur 18 sampai 35 tu kategori org muda..35 ke atas adalah dewasa..starting 65 baru org tua ok..ok, bila aku tengok kawan-kawan aku yang muda melibatkan diri dalam dunia politik pada usia yang muda, i will say to myself, such a waste. aku bercakap dalam konteks situasi politik d Malaysia lah..ni tak termasuk negara kat luar ok. sebab bagi aku banyak benda lain yang korang boleh buat daripada melibatkan diri dalam kancah politik..kalau muda tu, buat la benda-benda yang org muda buat, pegi enjoy. Enjoy tu byk maksudnya ok. bukan g kelab-ing 24 hours, pecah tulang lutut korang..maksud aku, enjoy being a young men/women. Hidup mesti happy maa..toksah nak pening2 kepala nak memikirkan pasal politik. sebab, apa yang korang boleh buat..korang buat macam mana pun, hasilnya tetap sama gak..makin teruk adalah..sebagai contoh, pilihan raya kampus kat UM baru-baru ni kecoh pasal calon kena culik lah..for me it is one of the most excellent fabricated politic scenario of all campuses political scene. dah tu, boleh plak si “mangsa” menang. Aku mmg dah agak dah. Bila ditanya polis, si mangsa diam sahaja. Kata si mangsa, dia tak ingat apa yang berlaku. ATAU, dia memilih utk tidak mengingati atau in other word, MeNIPU!..Anyway, dia da menang, cuba bayangkan kalu dia tak kena “culik” hari tu..korang rasa menang ke tak..aku rasa mungkin menang tapi tak majoriti..skg ni “mangsa” tu dapat undian “simpati” daripada mahasiswa yang takut atau paranoid benda tu akan berlaku kepada mereka jugak. Kan..masa muda habis dgn melakukan penipuan dan kelicikan..cuba lah habiskan masa tu pergi berseronok dgn kawan2..pergi camping, tgk movie, karaoke ke..buat social work, tolong org tua kat rumah org tua..buat keja amal..pahala dapat, ilmu pun tinggi..kalau melibatkan diri kat politik ni..otak korang akan tercemar dgn penipuan dan semua perkara keji yang ada.

bagi aku, kita kena belajar bersyukur, kalau kerajaan skg ni banyak melakukan perubahan dan menolong kita..sokong je lah..nak fikir banyak buat pening kepala..kalau kerajaan skg ni tak memuaskan, undila yang stu lagi..itu pun susah ka..personally, aku sokong kerajaan yang sekarang, sebab ada effort nak menyatukan rakyat malaysia. kalau hari tu mahathir masih jadik perdana menteri aku lagi sanggup keluar dari negara ni. anyway, aku cuma nak sampaikan pesanan yang jgn sia2kan hidup korang buat benda tak berfaedah. korang ada hak nak enjoy macam mana, tapi ingat..enjoy enjoy jugak..Jangan lupa Tuhan..sebab smuanya akan diperhitung mengikut perbuatan kita..korang pilih hidup yang byk penipuan, nasib la..aku pilih hidup simple..org memberi kita merasa, orang berbudi kita berbahasa..jangan lupa budi org yang da tolong kita..tu je..sokong je la mana2 parti politik yang korang rasa bagus..for me, cukupla aku sokong Najib dgn Idris Jala..Taib Mahmud?.hmmmmmm..susah nak cakap….hahahahahahaha

cheers

Ben

The awesome 4!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: